Search This Blog

Thursday 26 January 2012

MENDIDIK...

Assalamualaikum..da lama xmengepost hari ni terdetik lak nak berkongsi cerita tentang mendidik ni. 

                 Mendidik jika lihat dengan jelasnya adalh berbeza sekali dengan mengajar. Mendidik adalah lebih menyeluruh iaitu membina keperibadian yg unggul pada diri seseorang sehingga dia menjadi insan yang cemerlang  dan seimbang. Sememangnya mendidik dan mengajar ni adalah tidak asing lagi bagi guru, kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik muridnya dengan membina sahsiah murid serta akademik murid sehingga murid menjadi insan yang cemerlang bukan manusia yang hanya sekadar manusia.

                 Ramai antara kita meletakkan konteks 'mendidik' ini hanya pada guru iaitu merupakan tanggungjawab guru sahaja tak pun hanya merupakan tugas guru dan ibubapa. Betul ke cara pemikiran ni?? Sebenarnya kita harus melihat  'mendidik' ini dengan lebih meluas iaitu pada setiap individu di muka bumi ini yang bergelar khalifah di muka bumi. Sebagai seorang umat islam dalam agama Islam sendiri menggalakkan kita untuk memelihara serta membina ukhuwah sesama saudara islam kita serta mengajak kita bersama-sama saling ingat-menginagti serta saling nasihat- menasihati iaitu

"amar ma'ruf nahi mungkar"

yang bermaksud mengerjakan kebaikan serta menjauhi larangannya yang secara tidak langsung sudah menjadi tanggungjawab kita untuk saling mendidik antara satu sama lain tak kira la kawan, abang, kakak, adik, seorang pekerja atau majikan semuanya mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik pada orang sekeliling kita.

                 Cara mendidik adalah bergantung pada kesesuaian pada yang dididik juga bergantung pada keupayaan pendidik itu sendiri. Ada yang mendidik dengan cara kasar, lembut, tegas, garang atau ditangan-tangankan dan juga dikaki-kakikan. Orang - orang di sekeliling mungkin tidak setuju dengan cara kita mendidik ade yang mungkin akn menjauhkan diri dari kita dan mencaci kita. Namun jangan mudah menyerah kerana mereka sememangnya mempunyai mulut yang kita xmampu nak tutup. Hanya satu yang perlu kita ingat iaitu NIAT kita. NIAT UTK MENDIDIK. NIAT UNTUK MELAHIRKAN INSAN. NIAT UTK MEMBAWA SAUDARA SESAMA ISLAM KE ARAH YANG BENAR. 
HIASAN : INSPIRASIKU...<3
Sabda Rasulullah s.a.w. 

"innal a'malu bin niat"
..sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat..

Jika baik niat kita baiklah amalan kita, jika buruk niat kita buruklah amal kita dan setiap amalan kita akan dinilai dan dihisab berdasarkan niat kita. 

                   Kate seorang pendidik yang menjadi inspirasi saya

 "apa pun yg kita buat walaupun nampak keras asalkan niat kita nak mendidik insyaAllah kita akan berjaya"

Tak kira la sape yg kita nak didik dengan cara yang sesuai insyaAllah dengan niat kita,kita akan berjaya. Tak kira la apa pun orang di sekeliling kita nak cakap atau nak mencaci kita, kita harus kuat dengan niat kita yang  luhur dan ikhlas...Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberi petunjuk dan hidayahNya..=)

Tuesday 3 January 2012

Mencapai KETENANGAN HIDUP

Allah azza wa jalla tidak akn pernah dilihat oleh mata kasar kita tp boleh dilihat dgn mata hati iaitu hati yg bersih. Jika kita tidak pernah memerhatikan, merawat, dan membersihkn hati sndiri tidak akn pernah mengenal dan menghayati keagungan kasih sayang Allah kpd diri kita. Org yg memiliki hati yg kotor akn sll sj diselimuti kegelisahan,was2,gersang, resah, takut dan tidak dpt mencapai ketenangan dlm hidup ini.

Berbeza dgn org yg memiliki hati yg bersih yg sntiasa terasa hidup ini indah,nyaman,lapang dan tenang. Apa yg mnjadi kunci kpd mencapai ketenangan hidup ni???
HIASAN: Mencari ketenangan hati..
-jwpnnye ialah KEUPAYAAN kita utk MENYELAMI dan MENYELIDIK HATI sndiri..

Kalau kita sentiasa berasa kesal, marah, dendam, hasad dengki, dan benci menunjukkan hati kita dlm keadaan keruh dan kotor. Selidiklah hati sndri n jujur dgn diri sndri dgn mengakui kekurangan yg ada pd diri supaya kita blh merubah hati mnjadi hati yg bersih dan suci. Usaha serta iman yg kuat perlu ada dlm diri utk merubah suasana hati kita. Jgn sesekali cuba melayan perasaan dengki, benci, marah dan kesal dlm hati krn ini hnya menjauhkn kita dr mendekati dan mengingati Allah.

Sbgai insan biasa, mmg sudah menjadi fitrah utk kita mengalami lintasan pd hati kita perasaan buruk sangka, dengki, marah, sakit hati dan lain2 lg, namun harus diingat spy jgn sesekali melayan perasaan ini yg hny membuatkan hati kita kotor dan rosak.

Percayalah sekiranye kita mampu mengendalikn suasana hati kita, dr berasa marah kpd ceria, drpd berasa terhimpit kpd lapang, benci kpd suka maka disaat itulah kita akn merasakan ketenangan dan nikmat hidup di muka bumi ini.

Kita mmg tidak akn sntiasa dpt apa yg kita sukai mengikut keinginan kita krn pasti terjadi hal yg tidak diinginkn dan apa yg dirancangkn tidak mnjadi cthnye putus cinta.

Ya, sememangnya putus cinta akn menyebabkn kita berasa sgt sedih, kecewa, kesal, resah, dan sakit apabila memikirkan knp ia blh trjadi, apa slh kita, sakit bile memikirkn psgn kita sudah menjumpai pengganti, sakit memikirkn hidup sndri yg porak peranda namun psgn sudah gembira, hati kita sntiasa diselubungi rasa ingin tau bagaimana kehidupan dia, shgga kdg2 menimbulkn rs kesal pd diri sndiri n xmampu menerima hakikat apa yg terjadi.

"Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan (kesusahan)" (QS. Ath-Thalaq [65]: 7)

Ingatlah wahai hati, jgn sampai semua ini mempengaruhi suasana hati kita. Berjuang kendalikan hati sndri ketika kita dilanda rasa resah dan gelisah memikirkn pe yg terjadi dgn cepat2 menyoal pd diri sndiri.

1. Tanyakn pd diri, apa keuntungannya berfikiran begini?, apa manfaatnye aku brmain2 dan melayan prsn mcm ni??
=tanyakn hal ini spy kita tahu bhw semua ini hny merugikn diri sndiri. Sekira kita tidak melakukn ini maka syaitan akn terus menghasut kita mrncg sesuatu yg tidak baik dan brburuk sangka kpd Allah s.w.t dan juga prsn putus asa.

2. Tanyakn pd diri sndiri: betul ke aku buat mcm ni?? Patutkh aku berperangai spt ini yg hny mmbawa kpd derita pd dri sndri??kalau kita berdalih bhw ia melukai kita, tanya pd dri sndri mengapa kita terluka??cr sebabnya. Adakah benar ia melukai hati kita atau sbnrnye kita yg terlampau menyakiti hati sndri??
=hny krn kita yg terasa sbb tu kita sakit.

Jika hati kita berpenyakit, biar sejuta org sekalipun dtg memberi nasihat kpd kita, kita tidak akn dpt terima dan tidak akn merasakn salah(pikir dri sndri je yg betul). Adkh sbb kita meletakkn harga diri terlalu tinggi(ego), tidak jujur pd diri sndri, atau mgkin merasa diri lebih mulia dan lebih baik dr yg lain. Sekali pun kita tidak akn dpt merasai ketenangan hidup dgn memiliki hati yg kotor yg bangga pd dri sndri dan ingatlah...

" dan hamba- hamba Tuhan yg Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yg berjalan di atas muka bumi dengan RENDAH HATI".....( QS. Al-Furqaan [25]: 63 )

Kesimpulannya kita haruslah menetapkn keinginan yg kuat utk kita berubah setelah menyedari penyakit hati yg kita hadapi seterusnya berusaha utk berubah serta mengubah suasana hati kita supaya kita dapat mencapai ketenangan hidup yg kita ingini..:) dan Allah tlh mmberi jaminan..

"alaa bi dzikrillahi tathma'innul quluub"
Ingat, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram!..(QS. Ar-Ra'd [13]: 28).