Search This Blog

Thursday 26 January 2012

MENDIDIK...

Assalamualaikum..da lama xmengepost hari ni terdetik lak nak berkongsi cerita tentang mendidik ni. 

                 Mendidik jika lihat dengan jelasnya adalh berbeza sekali dengan mengajar. Mendidik adalah lebih menyeluruh iaitu membina keperibadian yg unggul pada diri seseorang sehingga dia menjadi insan yang cemerlang  dan seimbang. Sememangnya mendidik dan mengajar ni adalah tidak asing lagi bagi guru, kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik muridnya dengan membina sahsiah murid serta akademik murid sehingga murid menjadi insan yang cemerlang bukan manusia yang hanya sekadar manusia.

                 Ramai antara kita meletakkan konteks 'mendidik' ini hanya pada guru iaitu merupakan tanggungjawab guru sahaja tak pun hanya merupakan tugas guru dan ibubapa. Betul ke cara pemikiran ni?? Sebenarnya kita harus melihat  'mendidik' ini dengan lebih meluas iaitu pada setiap individu di muka bumi ini yang bergelar khalifah di muka bumi. Sebagai seorang umat islam dalam agama Islam sendiri menggalakkan kita untuk memelihara serta membina ukhuwah sesama saudara islam kita serta mengajak kita bersama-sama saling ingat-menginagti serta saling nasihat- menasihati iaitu

"amar ma'ruf nahi mungkar"

yang bermaksud mengerjakan kebaikan serta menjauhi larangannya yang secara tidak langsung sudah menjadi tanggungjawab kita untuk saling mendidik antara satu sama lain tak kira la kawan, abang, kakak, adik, seorang pekerja atau majikan semuanya mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik pada orang sekeliling kita.

                 Cara mendidik adalah bergantung pada kesesuaian pada yang dididik juga bergantung pada keupayaan pendidik itu sendiri. Ada yang mendidik dengan cara kasar, lembut, tegas, garang atau ditangan-tangankan dan juga dikaki-kakikan. Orang - orang di sekeliling mungkin tidak setuju dengan cara kita mendidik ade yang mungkin akn menjauhkan diri dari kita dan mencaci kita. Namun jangan mudah menyerah kerana mereka sememangnya mempunyai mulut yang kita xmampu nak tutup. Hanya satu yang perlu kita ingat iaitu NIAT kita. NIAT UTK MENDIDIK. NIAT UNTUK MELAHIRKAN INSAN. NIAT UTK MEMBAWA SAUDARA SESAMA ISLAM KE ARAH YANG BENAR. 
HIASAN : INSPIRASIKU...<3
Sabda Rasulullah s.a.w. 

"innal a'malu bin niat"
..sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat..

Jika baik niat kita baiklah amalan kita, jika buruk niat kita buruklah amal kita dan setiap amalan kita akan dinilai dan dihisab berdasarkan niat kita. 

                   Kate seorang pendidik yang menjadi inspirasi saya

 "apa pun yg kita buat walaupun nampak keras asalkan niat kita nak mendidik insyaAllah kita akan berjaya"

Tak kira la sape yg kita nak didik dengan cara yang sesuai insyaAllah dengan niat kita,kita akan berjaya. Tak kira la apa pun orang di sekeliling kita nak cakap atau nak mencaci kita, kita harus kuat dengan niat kita yang  luhur dan ikhlas...Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberi petunjuk dan hidayahNya..=)

Tuesday 3 January 2012

Mencapai KETENANGAN HIDUP

Allah azza wa jalla tidak akn pernah dilihat oleh mata kasar kita tp boleh dilihat dgn mata hati iaitu hati yg bersih. Jika kita tidak pernah memerhatikan, merawat, dan membersihkn hati sndiri tidak akn pernah mengenal dan menghayati keagungan kasih sayang Allah kpd diri kita. Org yg memiliki hati yg kotor akn sll sj diselimuti kegelisahan,was2,gersang, resah, takut dan tidak dpt mencapai ketenangan dlm hidup ini.

Berbeza dgn org yg memiliki hati yg bersih yg sntiasa terasa hidup ini indah,nyaman,lapang dan tenang. Apa yg mnjadi kunci kpd mencapai ketenangan hidup ni???
HIASAN: Mencari ketenangan hati..
-jwpnnye ialah KEUPAYAAN kita utk MENYELAMI dan MENYELIDIK HATI sndiri..

Kalau kita sentiasa berasa kesal, marah, dendam, hasad dengki, dan benci menunjukkan hati kita dlm keadaan keruh dan kotor. Selidiklah hati sndri n jujur dgn diri sndri dgn mengakui kekurangan yg ada pd diri supaya kita blh merubah hati mnjadi hati yg bersih dan suci. Usaha serta iman yg kuat perlu ada dlm diri utk merubah suasana hati kita. Jgn sesekali cuba melayan perasaan dengki, benci, marah dan kesal dlm hati krn ini hnya menjauhkn kita dr mendekati dan mengingati Allah.

Sbgai insan biasa, mmg sudah menjadi fitrah utk kita mengalami lintasan pd hati kita perasaan buruk sangka, dengki, marah, sakit hati dan lain2 lg, namun harus diingat spy jgn sesekali melayan perasaan ini yg hny membuatkan hati kita kotor dan rosak.

Percayalah sekiranye kita mampu mengendalikn suasana hati kita, dr berasa marah kpd ceria, drpd berasa terhimpit kpd lapang, benci kpd suka maka disaat itulah kita akn merasakan ketenangan dan nikmat hidup di muka bumi ini.

Kita mmg tidak akn sntiasa dpt apa yg kita sukai mengikut keinginan kita krn pasti terjadi hal yg tidak diinginkn dan apa yg dirancangkn tidak mnjadi cthnye putus cinta.

Ya, sememangnya putus cinta akn menyebabkn kita berasa sgt sedih, kecewa, kesal, resah, dan sakit apabila memikirkan knp ia blh trjadi, apa slh kita, sakit bile memikirkn psgn kita sudah menjumpai pengganti, sakit memikirkn hidup sndri yg porak peranda namun psgn sudah gembira, hati kita sntiasa diselubungi rasa ingin tau bagaimana kehidupan dia, shgga kdg2 menimbulkn rs kesal pd diri sndiri n xmampu menerima hakikat apa yg terjadi.

"Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan (kesusahan)" (QS. Ath-Thalaq [65]: 7)

Ingatlah wahai hati, jgn sampai semua ini mempengaruhi suasana hati kita. Berjuang kendalikan hati sndri ketika kita dilanda rasa resah dan gelisah memikirkn pe yg terjadi dgn cepat2 menyoal pd diri sndiri.

1. Tanyakn pd diri, apa keuntungannya berfikiran begini?, apa manfaatnye aku brmain2 dan melayan prsn mcm ni??
=tanyakn hal ini spy kita tahu bhw semua ini hny merugikn diri sndiri. Sekira kita tidak melakukn ini maka syaitan akn terus menghasut kita mrncg sesuatu yg tidak baik dan brburuk sangka kpd Allah s.w.t dan juga prsn putus asa.

2. Tanyakn pd diri sndiri: betul ke aku buat mcm ni?? Patutkh aku berperangai spt ini yg hny mmbawa kpd derita pd dri sndri??kalau kita berdalih bhw ia melukai kita, tanya pd dri sndri mengapa kita terluka??cr sebabnya. Adakah benar ia melukai hati kita atau sbnrnye kita yg terlampau menyakiti hati sndri??
=hny krn kita yg terasa sbb tu kita sakit.

Jika hati kita berpenyakit, biar sejuta org sekalipun dtg memberi nasihat kpd kita, kita tidak akn dpt terima dan tidak akn merasakn salah(pikir dri sndri je yg betul). Adkh sbb kita meletakkn harga diri terlalu tinggi(ego), tidak jujur pd diri sndri, atau mgkin merasa diri lebih mulia dan lebih baik dr yg lain. Sekali pun kita tidak akn dpt merasai ketenangan hidup dgn memiliki hati yg kotor yg bangga pd dri sndri dan ingatlah...

" dan hamba- hamba Tuhan yg Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yg berjalan di atas muka bumi dengan RENDAH HATI".....( QS. Al-Furqaan [25]: 63 )

Kesimpulannya kita haruslah menetapkn keinginan yg kuat utk kita berubah setelah menyedari penyakit hati yg kita hadapi seterusnya berusaha utk berubah serta mengubah suasana hati kita supaya kita dapat mencapai ketenangan hidup yg kita ingini..:) dan Allah tlh mmberi jaminan..

"alaa bi dzikrillahi tathma'innul quluub"
Ingat, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram!..(QS. Ar-Ra'd [13]: 28).

Friday 23 December 2011

Segalanye Dari HATI..

                 Akhir zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran sememangnya memerlukan kekuatan dan keimanan yang kuat dalam hati supaya kita sentiasa berada di jalan yang benar (SIROTOL MUSTAQIM). dalam hadith ada menyebut antara tanda - tanda akhir zaman ialah umat manusia kembali kepada zaman jahiliah.

                 Renung kembali,apa yang berlaku pada zaman jahiliah..

1. Manusia menyembah pokok,bulan,atau matahari,
2. Manusia byk menggunakan sihir dan ilmu hitam,
3. Pada zaman Nabi Lut wujudnya umat yang suka sesama jenis(homoseksual).
dan macam2 lagi...

HIASAN: HATI KE HATI-HATI 
                 Pada masa kini semua yg berlaku pada zaman itu memang wujud dan semakin berleluasa berlaku di atas muka bumi ni. Semakin hari semakin ramai manusia cenderung ke arah maksiat dan kemungkaran seperti dalam kitab Al-Quran ada menyatakan "DAN SESUNGGUHNYA IBLIS DAN SYAITAN ITU MEMBUATKAN PERBUATAN MEREKA ITU INDAH DI MATA MEREKA".. disebabkan inilah umat islam sekarang tidak malu membuat maksiat di hadapan orang ramai malah merasakan perbuatan mereka itu sungguh indah dan romantik (kononnya). Semuanya bermula dari hati, hati yang tidak kuat berpegang pada agama dan hanya suka mengikut kehendak perasaan dan nafsu akan sentiasa terjerumus ke arah maksiat. Memang nafsu adalah firah semulajadi manusia namun gunalah akal untuk melawan kehendak nafsu. Kita kena ingat, tujuan kita hidup di dunia ni bukan saja untuk mencipta kejayaan dan kebahagiaan di dunia tapi juga untuk akhirat(yang kekal selama-lamanya) iaitu dengan mendapatkan MARDHOTILLAH (keredhaan Allah) dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.

                Sihir yang semakin berleluasa digunakan juga menunjukkan tanda2 kiamat. Banyak benda menjadi tidak mustahil berlaku pada zaman sekarang contohnya perkara yang benar2 terjadi yang betul2 disaksikan oleh mata saya sendiri dan berlaku pada sekeliling saya

 --Jejaka B seorang yang berpakaian jubah, kopiah sentiasa di kepala, kaki sentiasa menjejak masjid, perwatakan ala2 pijak semut tak mati tapi. Semua memandangnya seorang yang bagus, beriman dan cerdik pandai. Tapi pada hatinya siapa yang tahu. Setelah cinta pada gadis A ditolak terus berhati busuk dengan menggunakan ilmu hitam dan sihir pada gadis A utk menyukainya, malah lebih teruk menggunakan patung gadis A(bomoh siam) sbgai tempat utk membalas dedam dengan mencucuk2 patung tersebut sehingga gadis A merasa sakit dan sengsara tanpa mengetahui sebab dan puncanya sehinggalah gadis tersebut berjumpa dengan ustaz yang mengetahui cara mengubati penyakit sihir--

               Dari sini kita boleh lihat, hati seseorang memang tidak dapat diukur melalui penampilan dan sikap seseorang Oleh itu, berhati2 ketika memilih kawan. Saya suka dengan ayat ni HATI YG BERSIH SUKAR DICARI. Walaubagaimanapun kita harus ingat, tidak semua manusia begitu, tak semua yang berpenampilan baik buat macam tu cuma ada segelintir dalam satu kelompok. Jangan pula mudah melabel seseorang sebaliknya dalami dan kenali hatinya dengan teliti dahulu. Melalui perbuatan kita boleh kenal hati seseorang, melalui lidah kita juga boleh mengenal hati seseorang seperti kisah Luqman yang bijaksana yang telah diuji untuk memberikan bahagian haiwan yang plg bagus dan 3 bahagian yang plg buruk, ketahuilah bahawa 3 bahagian itu adalah hati, lidah(percakapan) dan kaki(perbuatan) dan bahagian yang paling penting adalah hati, dari hati lahirlah perbuatan dan percakapan. Hati yang bersih melahirkan perbuatan dan percakapan yang baik dan terpuji manakala hati yang busuk melahirkan perbuatan dan percakapan yang tajam dan berbisa serta berbahaya. Segalanya bermula dari HATI.

            Sememangnya sukar untuk kita mencari sahabat yang baik yang mampu memimpin kita ke arah jalan kebenaran. Segalanya dari hati. Ada kawan suka mencari salah orang, ada kawan tidak senang melihat kesenangan orang, ada kawan sentiasa menyebar buruk orang, ada kawan suka menjadi penyebab sesuatu perselisihan, ada kawan suka mengambil kesempatan,dan ada kawan hanya pada waktu senang. Apa yang penting dari semua tingkah laku yang diperhatikan KITA TENGOK DIRI KITA SENDIRI TENGOK HATI KITA SENDIRI, yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Jangan terlalu asyik menilai kesalahan orang dan menilai hati seseorang tapi sebaliknya sentiasalah nilai hati dan kesalahan sendiri serta insafi diriGunakan akal yang dianugerahkan sebaik-baiknya dalam membuat percaturan dalam menjalani sebuah perjuangan.=)

HIASAN: CHECK HATI
Memang sukar kita menilai hati seseorang tapi saya ingin share tips ni untuk dijadikan sebagai panduan...

" Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah sewaktu dia SANGAT MARAH, 
  Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya,
  Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya."..ustz Zainuddin

Semoga kita sama2 mengambil iktibar apa yang terjadi di sekeliling kita dan semoga kita sentiasa diberikan Petunjuk dan Hidayah daripada Allah s.w.t serta diterangkan hati dan dilapangkan dada dan sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus. AMINN..=)


Monday 12 December 2011

JANGAN TERLALU MUDAH MENGHUKUM....=)

Hari ni, mak saya buat jamuan untuk anak murid dye yg form 5..Menunye ialah---tom yam(sgt best), keropok goreng, asam gupa(best), dan SATE!!.. So seperti biasa, semua ahli2 jawatankuasa dalam rumah ni kena bangun awal dan laksanakan tugas masing2 seperti yg dibincangkan sewaktu mesyuarat agung semalam.. Saya sebagai ajk ke sana dan ke sini bangun awal pagi n selepas solat subuh terus ke Pasar Borong untuk memborong bahan2 yang telah disenaraikan dengan ditemani oleh abang dan isterinya serta bibik yg lucu bangat..

HIASAN : TOLONG - MENOLONG
Sememangnya sangat ngantok(org bese tido selepas subuh) sebab kena bangun awal pagi namun misi tetap dijalankan dengan lancar dan jayanya walaupun terpaksa ke sana dan ke sini untuk menyempurnakan pencarian bahan yang diperlukan.. sampai je kt umah, terus angkat semua barang dan naik atas umah untuk mandi(ngeh3).. masuk je bilik,katil seperti memanggil2 utk landing,jap je.. tibe2 terlelap n terjaga bila abg masuk bilik n jerit

“mak..!ara tido!! Pandai ye orrr,wat lolok g mandi,g tolong kak anas bwh nung,ye sorang je siang ayang nge udangg..”

Bangun dari tido(perasaan marah sbb terkejut ,bersalah sbb tido, n malu ngn ahli jwtnkuasa len!!) terus mandi n siap2 untuk tolong – menolong. Siap tolong sy ditugaskan lagi utk ke Agro Bazaar (depan umah je p,kena naik kete jgk) utk membeli serai yg enggak cukup kata kak anas.. dah beli, sampai je umah kena pergi ke sana dan ke sini lagi utk mengambil sate,asam gupa, beli polisterin, n mcm2 lagi.. sakit pinggang dibelakangkan sebab semangat nye pasal..sampai je umah naik la aku ke bilik nak solat zohor, sebelum tu aku LANDING lagi..hehehe…tapi kali ni mmg betul2 sekejap je, n terus mandi n solat.. bagi je salam, tiba2 terdengar kakak menjerit

“lamanye la semayang semek nora ni,berahi sgt amik peluang nk rehat..nora,turung la,mok nok suh g beli air batu ni..”

Tiba2 saya tersedar n terfikir. kenapa ye,manusia ni terus marah n bleber pjg lebar, n hukum(label) seseorang sebelum tahu punca n sebab??huhu…(ni je nk cite sbnrnye,yg kt ats tu intro je)..saya xcakap orang len saya tengok diri sendiri dah cukup, kdg2 saya terus marah, terus nk ngamok(emo) bile someone buat saya marah sedangkan saya sepatutnye tanye dulu, kenapa awk buat saya tunggu lama??-àcontohnye… kenapa kita xcari dulu sebab n punca sesuatu kejadian sblm kita menghukum..?? hmmm..apa kata kita selidik dulu,kenapa dia buat mcm tu, kenapa berlaku mcm ni n mcm tu..contohnye berbalik kpd cite di atas, kenapa saya lambat?sebaik-baiknye fikir la positif kan.. saya lambat sebab saya mandi..kenapa nk kena mandi ,kn da tau byk lagi kj?? Sebab tadi masa saya basuh ayam n udang, darah ayam byk terlekat kt kaki n tangan yang saya xnpak, saya was-was jd lebih baik sy mandi kn..bersih je semua anggota utk solat.. hehe..  sambung balik cite di atas, seseorang pun naik la jenguk saya buat pe, n tnye kenapa lambat, n sy explain dengan tenang dan lancarnya.. yg malunye dapat la dekat yg naik ni, sebab dia dah lepas marah bagai nak rak tibe2 dia rasa alasan saya munasabah..

Kesimpulannya..selidik la dulu sebelum menghukum seseorang..kita kena ingat, setiap yg berlaku dan setiap perbuatan tu pasti ada sebab dan puncanya.. jangan pikir nak marah je, n jgn pikir hati sendiri je, sebaliknya pikir la hati n perasaan org lain jgk..yang paling penting fikir la POSITIF dan jangan bersangka buruk..kalau la alasan yg dia bagi xmunasabah, jangan pikir nak terus marah(ikut perasaan), pikir la semasak2nye(guna akal) pe yg patut kita buat utk atasi masalah yg berlaku..jangan hanya menghukum tapi berusaha utk menolong..kalau hati xtenang(rasa nak marah jgk) pikir la hikmah disebalik kejadian.. semoga kita dapat ketenangan jiwa dan akal seterusnya menjaga hubungan sesama insan…=)

Friday 9 December 2011

RINTIHAN HATI...

Mengimbas kembali masa lampau aku teringat kenangan2 bersama. Dalam kenangan, aku sentiasa mencari salahku untuk pedoman demi masa depan. Alhamdulillah sedikit demi sedikit ku temui salah dan kelemahanku dan aku berusaha untuk mengubahnya. Ketika mengimbas ku akui hatiku rindu,rindu untuk kembali seperti dulu namun ku terima ketentuan yang ditentukan untukku.

HIASAN : KUATKAN KEIMANANKU YA ALLAH...
               Kadang2 hatiku merintih kesakitan,kadang2 hatiku melonjak kegembiraan,aku mengerti bahawa inilah erti kehidupan. Dalam kesakitan kita belajar mencari kekuatan dalam kegembiraan kita belajar mensyukuri nikmat yang diberikan, ini yang perlu dilakukan disepanjang perjalanan kehidupan. Kadang2 seribu sesalan datang menyoal hati, namun hati yang sedang utuh menyatakan semua pasti ada hikmahnya kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mengapa perlu berduka? kenapa perlu bersedih? Kenapa perlu resah? apabila apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang. Ketahuilah duhai hati tidak selalu kita dapat apa yang diinginkan. Hati kuat menyatakan bahawa ini yang terbaik untuk kita tapi ketahuilah duhai hati  Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan buruk untuk kita.

               Segala yang terjadi telah ditentukan, kita hanya merancang dan usahakan. Jangan terlalu memikirkan kenapa dan menyalahkan takdir terhadap ujian dan dugaan yang kita sedang hadapi sebaliknya fikirkan apa yang telah ditentukan adalah yang terbaik untuk kita, fikirkan hikmah disebalik kejadian dan fikirkan kebesaranNya dalam memberikan nikmat ke seluruh insan.

“Open your eyes, open your heart, open your mind and let His love flow through.”

Bukalah matamu, hatimu dan akalmu dan rasakan kasih sayang yang diberikan Allah untukmu. Yakinlah duhai hati, Allah lebih mengetahui. Ucapkanlah..

 “cukuplah bagiku hanya Mu Allah,tiada di hatiku melainkan Allah,cahaya Muhammad pesuruh Allah, tiada Tuhan melainkan Allah..”

Semoga ketenangan dapat dicapai dalam hatimu ketika hati berduka, susah, resah, dan kecewa. Be sure and have no doubt He’s always close to you.. He’s the one who know you best, He’s know what’s in your heart, you will find your peace at last if you just have faith in Him.. I believe.. Allah is almighty..=)..Berikanlah kekuatan pada hatiku, terangilah hatiku dengan cahaya petunjukMu…

Monday 5 December 2011

BAJET BAGUS!!!

Bajet bagus adalah bahasa moden yang sering kali digunakan dikalangan kita. Tertarik dengan artikel dari Ir. Ahmad Jais Alias daripada buku  majalah solusi mengenai Pintu ke arah ujub, riyak dan takabbur buat saya lebih tertarik untuk berkongsi bersama. HOho..
               Bajet bagus!!.. Saya rasa semua pun tahu ape maksud bajet bagus ni dan diungkapkan bila kita tengok si fulan ni mengeluarkan kata2 bangga diri atau ayat yang tak leh blah contohnya  di situasi ujian amali Pendidikan Jasmani..
L1 : markah dak2 pempuan dalam gimnastik semua tinggi2 kan..?
L2 : xadil tul, padahal dak2 pempuan xde la terer sangat dorg da la selalu skip masa buat latihan.
L3 : tu la pasal,markah kita lagi rendah kot dari dorg.. padahal aku buat lagi smooth n cantik, aku pernah masuk kot pertandingan gimnastik masa sekolah rendah dulu..
Kat sini kita dapat lihat personaliti “bajet bagus” yang sebenarnya boleh berlaku walau dalam apa situasi sekalipun. Inilah sebenarnya keadaan yang melanda bila kita dah dalam akhir zaman. Orang berilmu tanpa adab akan jadi bajet bagus, orang kaya tak de adab jadi sombong n bongkak dan lain2 lagi. Seseorang yang merasakan dirinya bagus sebenarnya hanya menyebabkan dirinya lemas di arus deras yang berbahaya kerana ianya boleh membawa kepada 3 sikap mazmumah(keji) iaitu ujub, riyak dan takabbur.
Ujub ialah berasa takjub dengan diri sendiri. Berasa dirinya hebat dan lebih dpd orang lain walaupun perasaan itu mungkin tidak terlafaz atau dizahirkan contohnya contohnya demi satu pertandingan olahraga lari jarak 400m si fulan ni selalu turun padang untuk buat latihan  dan akhirnya pencapaianya meningkat lalu terdetik dalam hatinya “aku skunk da bleh lari dlm masa 40saat je utk 400m,hebat la..”.. Hanya dengan merasakan diri sendiri hebat dan takjub dengan keupayaan diri  ini adalah ujub. Ujub yang dilayan dan dibiarkan bermain2 di perasaan akan menimbulkan riyak. Riyak terjadi bila si fulan ni cuba menunjukkan kerajinannya contohnya dalam kelas “ko tau x, pas subuh aku turun padang aku selalu nmpak artis ngah jogging petang pun sama..” (ni dye nak bgtau yg dia rajin turun training)
Ini bermaksud si fulan ni cuba menunjuk-nunjuk kebaikannya atau kerajinannya dan jika riyak ini terus dilayan lagi akan membawa kepada takabbur (berbangga dengan kehebatan dan kelebihannya dan merasakan orang lain lemah dan buruk). Takabbur adlh sikap yang paling dibenci Allah dan disebabkan takabbur Iblis telah dihalau dari syurga kerana merasakan dirinya (dicipta dari api) lebih hebat dari Nabi Adam a.s.(dicipta dari tanah). Contoh takabbur yang lain:
L1 : Asal ko xmasuk acara 400m ni,ni bukan ke acara feveret ko?
L2 : Bosan r, mcm xde saingan je, yang masuk semua muka aku xpernah nampak turun training..aku yg turun training hari2 ni pun leh buat 40saat je,diorang  xturun training ko fhm2 la..
Nau’zubillah..  Mintak dijauhkan sikap2 ni dari kami n sekiranya kami ada terbuat dalam sedar atau tidak, ampunilah dosa2 kami Ya Allah..
HIASAN: KITA SERUPA
               Oleh itu marilah kita pelihara diri kita dari 3 sifat keji ni yang hanya membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t.  Kita haruslah ingat bahawa bajet bagus ni adalah tergolong dalam golongan org2 yang rugi kerana kita tidak dapat apa2 kebaikan melainkan menimbulkan rasa benci dan menyampah orang lain terhadap diri kita malah bajet bagus ni hanya membuat kita rasa hebat dan tidak mahu menerima nasihat dan teguran orang lain. Jika kita terus dibuai perasaan ini kita mudah terjerumus ke lembah maksiat, kelemahan, dosa dan kesalahan. Mohonlah dpd Allah s.w.t semoga kita dipelihara dpd sikap bajet bagus n sifat ujub,riyak dan takabbur dalam hati kita..=)

Sunday 4 December 2011

PENAMPILAN...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni pagi yang berharga buat saya kerana saya dapat belajar sesuatu yang selama ni saya langsung xpernah menyedarinya. Its about appearance iaitu ‘penampilan’. Seorang insan menyatakan bahawa
 “penampilan tak menunjukkan seseorang itu positif, sebaliknya menjadikan orang itu semakin hipokrit untuk menjaga penampilan positif yang kononnya di mata orang walaupun secara halus dan licik”.
               Saya secara personal nya, memang setuju dengan kata2 ni. Tak perlu tengok pada diri orang lain hanya tengok pada keadaan diri saya sendiri. Terus terang saya cakap perkara tu memang berlaku pada diri saya sendiri. Saya tampil dengan penampilan yang boleh dikatakan positif dan untuk mengekalkan penampilan tu saya sentiasa usaha untuk menjadi yang lebih baik yang tanpa saya sedar saya juga pernah cuba menutup kesalahan sendiri supaya orang pandang saya baik.
HIASAN: AMPUNIKU YA ALLAH..=(
               This is not good. How can I be like that. Bile saya fikir secara mendalam saya sedar yang sometime kita rasa kita dah mencuba yang terbaik tapi sebenarnya ada yang kita tersalah pandang. Mulut hebat menyatakan dan memberikan nasihat namun secara diam diri sendiri lupa bahawa saya juga ada melakukan kesalahan. Dulu, saya pernah menjadi seorang pengkritik yang sangat tegar, dengan harapan orang akan kritik saya balik jika saya ada salah namun tiada seorang yang sanggup menyatakan kesalahan saya. Mungkin disebabkan ini saya menjadi angkuh dan merasakan diri lebih baik dari yang lain dan terus berpenampilan positif yang pada hakikatnya saya juga mempunyai kelemahan yang ditutup. Astargfirullahala’zim.. kecewa ngn diri sendiri. Ya Allah please guide me n show me the way..amin..=)
               Bercakap lagi pasal penampilan, saya keliru. Dalam agama menyatakan setiap perlakuan yang dilakukan oleh kita termasuk penampilan kita adalah lahir dari hati sendiri.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda “di dalam diri manusia terdapat seketul daging,  jika elok daging ini maka eloklah seluruhnya, dan ketahuilah bahawa  itu adalah HATI”..(ringkasan)
Saya keliru,bagaimana kita menilai seseorang sedangkan manusia boleh menjadi seorang yang hipokrit dihadapan semua berlagak alim namun dibelakang hanya Allah yang tahu contohnya semua orang di sekolah pandang si fulan ni seorang yang baik hati n solehah, tapi pada hakikatnya dia sentiasa menceritakan keburukan orang lain di rumahnya. Sebenarnya, kita memang tidak boleh menilai hati seseorang. Orang ckp ‘Hati manusia siapa yang tahu’.. Pe yang kita patut buat ialah melalui perlakuan orang lain nilai diri sendiri, ambil pengajaran bagi sikap yang baik dan jangan lakukan benda yang tak elok. Gunakan akal sebaik mungkin untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk dan bandingkan pada diri sendiri, yang baik diikuti dan yang buruk dijauhi. Tidak perlu kita menghukum seseorang dengan menilai sikapnya kerana setiap yang wujud di dunia ini mempunyai kebaikan dan kelemahan masing2. Wallahua’lam