Search This Blog

Thursday 26 January 2012

MENDIDIK...

Assalamualaikum..da lama xmengepost hari ni terdetik lak nak berkongsi cerita tentang mendidik ni. 

                 Mendidik jika lihat dengan jelasnya adalh berbeza sekali dengan mengajar. Mendidik adalah lebih menyeluruh iaitu membina keperibadian yg unggul pada diri seseorang sehingga dia menjadi insan yang cemerlang  dan seimbang. Sememangnya mendidik dan mengajar ni adalah tidak asing lagi bagi guru, kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik muridnya dengan membina sahsiah murid serta akademik murid sehingga murid menjadi insan yang cemerlang bukan manusia yang hanya sekadar manusia.

                 Ramai antara kita meletakkan konteks 'mendidik' ini hanya pada guru iaitu merupakan tanggungjawab guru sahaja tak pun hanya merupakan tugas guru dan ibubapa. Betul ke cara pemikiran ni?? Sebenarnya kita harus melihat  'mendidik' ini dengan lebih meluas iaitu pada setiap individu di muka bumi ini yang bergelar khalifah di muka bumi. Sebagai seorang umat islam dalam agama Islam sendiri menggalakkan kita untuk memelihara serta membina ukhuwah sesama saudara islam kita serta mengajak kita bersama-sama saling ingat-menginagti serta saling nasihat- menasihati iaitu

"amar ma'ruf nahi mungkar"

yang bermaksud mengerjakan kebaikan serta menjauhi larangannya yang secara tidak langsung sudah menjadi tanggungjawab kita untuk saling mendidik antara satu sama lain tak kira la kawan, abang, kakak, adik, seorang pekerja atau majikan semuanya mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik pada orang sekeliling kita.

                 Cara mendidik adalah bergantung pada kesesuaian pada yang dididik juga bergantung pada keupayaan pendidik itu sendiri. Ada yang mendidik dengan cara kasar, lembut, tegas, garang atau ditangan-tangankan dan juga dikaki-kakikan. Orang - orang di sekeliling mungkin tidak setuju dengan cara kita mendidik ade yang mungkin akn menjauhkan diri dari kita dan mencaci kita. Namun jangan mudah menyerah kerana mereka sememangnya mempunyai mulut yang kita xmampu nak tutup. Hanya satu yang perlu kita ingat iaitu NIAT kita. NIAT UTK MENDIDIK. NIAT UNTUK MELAHIRKAN INSAN. NIAT UTK MEMBAWA SAUDARA SESAMA ISLAM KE ARAH YANG BENAR. 
HIASAN : INSPIRASIKU...<3
Sabda Rasulullah s.a.w. 

"innal a'malu bin niat"
..sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat..

Jika baik niat kita baiklah amalan kita, jika buruk niat kita buruklah amal kita dan setiap amalan kita akan dinilai dan dihisab berdasarkan niat kita. 

                   Kate seorang pendidik yang menjadi inspirasi saya

 "apa pun yg kita buat walaupun nampak keras asalkan niat kita nak mendidik insyaAllah kita akan berjaya"

Tak kira la sape yg kita nak didik dengan cara yang sesuai insyaAllah dengan niat kita,kita akan berjaya. Tak kira la apa pun orang di sekeliling kita nak cakap atau nak mencaci kita, kita harus kuat dengan niat kita yang  luhur dan ikhlas...Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberi petunjuk dan hidayahNya..=)

No comments:

Post a Comment