Search This Blog

Monday 5 December 2011

BAJET BAGUS!!!

Bajet bagus adalah bahasa moden yang sering kali digunakan dikalangan kita. Tertarik dengan artikel dari Ir. Ahmad Jais Alias daripada buku  majalah solusi mengenai Pintu ke arah ujub, riyak dan takabbur buat saya lebih tertarik untuk berkongsi bersama. HOho..
               Bajet bagus!!.. Saya rasa semua pun tahu ape maksud bajet bagus ni dan diungkapkan bila kita tengok si fulan ni mengeluarkan kata2 bangga diri atau ayat yang tak leh blah contohnya  di situasi ujian amali Pendidikan Jasmani..
L1 : markah dak2 pempuan dalam gimnastik semua tinggi2 kan..?
L2 : xadil tul, padahal dak2 pempuan xde la terer sangat dorg da la selalu skip masa buat latihan.
L3 : tu la pasal,markah kita lagi rendah kot dari dorg.. padahal aku buat lagi smooth n cantik, aku pernah masuk kot pertandingan gimnastik masa sekolah rendah dulu..
Kat sini kita dapat lihat personaliti “bajet bagus” yang sebenarnya boleh berlaku walau dalam apa situasi sekalipun. Inilah sebenarnya keadaan yang melanda bila kita dah dalam akhir zaman. Orang berilmu tanpa adab akan jadi bajet bagus, orang kaya tak de adab jadi sombong n bongkak dan lain2 lagi. Seseorang yang merasakan dirinya bagus sebenarnya hanya menyebabkan dirinya lemas di arus deras yang berbahaya kerana ianya boleh membawa kepada 3 sikap mazmumah(keji) iaitu ujub, riyak dan takabbur.
Ujub ialah berasa takjub dengan diri sendiri. Berasa dirinya hebat dan lebih dpd orang lain walaupun perasaan itu mungkin tidak terlafaz atau dizahirkan contohnya contohnya demi satu pertandingan olahraga lari jarak 400m si fulan ni selalu turun padang untuk buat latihan  dan akhirnya pencapaianya meningkat lalu terdetik dalam hatinya “aku skunk da bleh lari dlm masa 40saat je utk 400m,hebat la..”.. Hanya dengan merasakan diri sendiri hebat dan takjub dengan keupayaan diri  ini adalah ujub. Ujub yang dilayan dan dibiarkan bermain2 di perasaan akan menimbulkan riyak. Riyak terjadi bila si fulan ni cuba menunjukkan kerajinannya contohnya dalam kelas “ko tau x, pas subuh aku turun padang aku selalu nmpak artis ngah jogging petang pun sama..” (ni dye nak bgtau yg dia rajin turun training)
Ini bermaksud si fulan ni cuba menunjuk-nunjuk kebaikannya atau kerajinannya dan jika riyak ini terus dilayan lagi akan membawa kepada takabbur (berbangga dengan kehebatan dan kelebihannya dan merasakan orang lain lemah dan buruk). Takabbur adlh sikap yang paling dibenci Allah dan disebabkan takabbur Iblis telah dihalau dari syurga kerana merasakan dirinya (dicipta dari api) lebih hebat dari Nabi Adam a.s.(dicipta dari tanah). Contoh takabbur yang lain:
L1 : Asal ko xmasuk acara 400m ni,ni bukan ke acara feveret ko?
L2 : Bosan r, mcm xde saingan je, yang masuk semua muka aku xpernah nampak turun training..aku yg turun training hari2 ni pun leh buat 40saat je,diorang  xturun training ko fhm2 la..
Nau’zubillah..  Mintak dijauhkan sikap2 ni dari kami n sekiranya kami ada terbuat dalam sedar atau tidak, ampunilah dosa2 kami Ya Allah..
HIASAN: KITA SERUPA
               Oleh itu marilah kita pelihara diri kita dari 3 sifat keji ni yang hanya membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t.  Kita haruslah ingat bahawa bajet bagus ni adalah tergolong dalam golongan org2 yang rugi kerana kita tidak dapat apa2 kebaikan melainkan menimbulkan rasa benci dan menyampah orang lain terhadap diri kita malah bajet bagus ni hanya membuat kita rasa hebat dan tidak mahu menerima nasihat dan teguran orang lain. Jika kita terus dibuai perasaan ini kita mudah terjerumus ke lembah maksiat, kelemahan, dosa dan kesalahan. Mohonlah dpd Allah s.w.t semoga kita dipelihara dpd sikap bajet bagus n sifat ujub,riyak dan takabbur dalam hati kita..=)

2 comments: