Search This Blog

Friday 23 December 2011

Segalanye Dari HATI..

                 Akhir zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran sememangnya memerlukan kekuatan dan keimanan yang kuat dalam hati supaya kita sentiasa berada di jalan yang benar (SIROTOL MUSTAQIM). dalam hadith ada menyebut antara tanda - tanda akhir zaman ialah umat manusia kembali kepada zaman jahiliah.

                 Renung kembali,apa yang berlaku pada zaman jahiliah..

1. Manusia menyembah pokok,bulan,atau matahari,
2. Manusia byk menggunakan sihir dan ilmu hitam,
3. Pada zaman Nabi Lut wujudnya umat yang suka sesama jenis(homoseksual).
dan macam2 lagi...

HIASAN: HATI KE HATI-HATI 
                 Pada masa kini semua yg berlaku pada zaman itu memang wujud dan semakin berleluasa berlaku di atas muka bumi ni. Semakin hari semakin ramai manusia cenderung ke arah maksiat dan kemungkaran seperti dalam kitab Al-Quran ada menyatakan "DAN SESUNGGUHNYA IBLIS DAN SYAITAN ITU MEMBUATKAN PERBUATAN MEREKA ITU INDAH DI MATA MEREKA".. disebabkan inilah umat islam sekarang tidak malu membuat maksiat di hadapan orang ramai malah merasakan perbuatan mereka itu sungguh indah dan romantik (kononnya). Semuanya bermula dari hati, hati yang tidak kuat berpegang pada agama dan hanya suka mengikut kehendak perasaan dan nafsu akan sentiasa terjerumus ke arah maksiat. Memang nafsu adalah firah semulajadi manusia namun gunalah akal untuk melawan kehendak nafsu. Kita kena ingat, tujuan kita hidup di dunia ni bukan saja untuk mencipta kejayaan dan kebahagiaan di dunia tapi juga untuk akhirat(yang kekal selama-lamanya) iaitu dengan mendapatkan MARDHOTILLAH (keredhaan Allah) dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.

                Sihir yang semakin berleluasa digunakan juga menunjukkan tanda2 kiamat. Banyak benda menjadi tidak mustahil berlaku pada zaman sekarang contohnya perkara yang benar2 terjadi yang betul2 disaksikan oleh mata saya sendiri dan berlaku pada sekeliling saya

 --Jejaka B seorang yang berpakaian jubah, kopiah sentiasa di kepala, kaki sentiasa menjejak masjid, perwatakan ala2 pijak semut tak mati tapi. Semua memandangnya seorang yang bagus, beriman dan cerdik pandai. Tapi pada hatinya siapa yang tahu. Setelah cinta pada gadis A ditolak terus berhati busuk dengan menggunakan ilmu hitam dan sihir pada gadis A utk menyukainya, malah lebih teruk menggunakan patung gadis A(bomoh siam) sbgai tempat utk membalas dedam dengan mencucuk2 patung tersebut sehingga gadis A merasa sakit dan sengsara tanpa mengetahui sebab dan puncanya sehinggalah gadis tersebut berjumpa dengan ustaz yang mengetahui cara mengubati penyakit sihir--

               Dari sini kita boleh lihat, hati seseorang memang tidak dapat diukur melalui penampilan dan sikap seseorang Oleh itu, berhati2 ketika memilih kawan. Saya suka dengan ayat ni HATI YG BERSIH SUKAR DICARI. Walaubagaimanapun kita harus ingat, tidak semua manusia begitu, tak semua yang berpenampilan baik buat macam tu cuma ada segelintir dalam satu kelompok. Jangan pula mudah melabel seseorang sebaliknya dalami dan kenali hatinya dengan teliti dahulu. Melalui perbuatan kita boleh kenal hati seseorang, melalui lidah kita juga boleh mengenal hati seseorang seperti kisah Luqman yang bijaksana yang telah diuji untuk memberikan bahagian haiwan yang plg bagus dan 3 bahagian yang plg buruk, ketahuilah bahawa 3 bahagian itu adalah hati, lidah(percakapan) dan kaki(perbuatan) dan bahagian yang paling penting adalah hati, dari hati lahirlah perbuatan dan percakapan. Hati yang bersih melahirkan perbuatan dan percakapan yang baik dan terpuji manakala hati yang busuk melahirkan perbuatan dan percakapan yang tajam dan berbisa serta berbahaya. Segalanya bermula dari HATI.

            Sememangnya sukar untuk kita mencari sahabat yang baik yang mampu memimpin kita ke arah jalan kebenaran. Segalanya dari hati. Ada kawan suka mencari salah orang, ada kawan tidak senang melihat kesenangan orang, ada kawan sentiasa menyebar buruk orang, ada kawan suka menjadi penyebab sesuatu perselisihan, ada kawan suka mengambil kesempatan,dan ada kawan hanya pada waktu senang. Apa yang penting dari semua tingkah laku yang diperhatikan KITA TENGOK DIRI KITA SENDIRI TENGOK HATI KITA SENDIRI, yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Jangan terlalu asyik menilai kesalahan orang dan menilai hati seseorang tapi sebaliknya sentiasalah nilai hati dan kesalahan sendiri serta insafi diriGunakan akal yang dianugerahkan sebaik-baiknya dalam membuat percaturan dalam menjalani sebuah perjuangan.=)

HIASAN: CHECK HATI
Memang sukar kita menilai hati seseorang tapi saya ingin share tips ni untuk dijadikan sebagai panduan...

" Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah sewaktu dia SANGAT MARAH, 
  Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya,
  Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya."..ustz Zainuddin

Semoga kita sama2 mengambil iktibar apa yang terjadi di sekeliling kita dan semoga kita sentiasa diberikan Petunjuk dan Hidayah daripada Allah s.w.t serta diterangkan hati dan dilapangkan dada dan sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus. AMINN..=)


2 comments:

  1. fuyyo0oo.. tapi kenape contoh kawan ko bg semua yg (-ve) je.. bg la sikit2 yg (+ve)...hehe...anyway, thanks for sharing babe...^_^

    ReplyDelete
  2. Haha..ni aku ckp dr cth trdekat je,dak farmer river tu..xpe,lenkli yg ok plok:)

    ReplyDelete