Search This Blog

Sunday 4 December 2011

PENAMPILAN...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni pagi yang berharga buat saya kerana saya dapat belajar sesuatu yang selama ni saya langsung xpernah menyedarinya. Its about appearance iaitu ‘penampilan’. Seorang insan menyatakan bahawa
 “penampilan tak menunjukkan seseorang itu positif, sebaliknya menjadikan orang itu semakin hipokrit untuk menjaga penampilan positif yang kononnya di mata orang walaupun secara halus dan licik”.
               Saya secara personal nya, memang setuju dengan kata2 ni. Tak perlu tengok pada diri orang lain hanya tengok pada keadaan diri saya sendiri. Terus terang saya cakap perkara tu memang berlaku pada diri saya sendiri. Saya tampil dengan penampilan yang boleh dikatakan positif dan untuk mengekalkan penampilan tu saya sentiasa usaha untuk menjadi yang lebih baik yang tanpa saya sedar saya juga pernah cuba menutup kesalahan sendiri supaya orang pandang saya baik.
HIASAN: AMPUNIKU YA ALLAH..=(
               This is not good. How can I be like that. Bile saya fikir secara mendalam saya sedar yang sometime kita rasa kita dah mencuba yang terbaik tapi sebenarnya ada yang kita tersalah pandang. Mulut hebat menyatakan dan memberikan nasihat namun secara diam diri sendiri lupa bahawa saya juga ada melakukan kesalahan. Dulu, saya pernah menjadi seorang pengkritik yang sangat tegar, dengan harapan orang akan kritik saya balik jika saya ada salah namun tiada seorang yang sanggup menyatakan kesalahan saya. Mungkin disebabkan ini saya menjadi angkuh dan merasakan diri lebih baik dari yang lain dan terus berpenampilan positif yang pada hakikatnya saya juga mempunyai kelemahan yang ditutup. Astargfirullahala’zim.. kecewa ngn diri sendiri. Ya Allah please guide me n show me the way..amin..=)
               Bercakap lagi pasal penampilan, saya keliru. Dalam agama menyatakan setiap perlakuan yang dilakukan oleh kita termasuk penampilan kita adalah lahir dari hati sendiri.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda “di dalam diri manusia terdapat seketul daging,  jika elok daging ini maka eloklah seluruhnya, dan ketahuilah bahawa  itu adalah HATI”..(ringkasan)
Saya keliru,bagaimana kita menilai seseorang sedangkan manusia boleh menjadi seorang yang hipokrit dihadapan semua berlagak alim namun dibelakang hanya Allah yang tahu contohnya semua orang di sekolah pandang si fulan ni seorang yang baik hati n solehah, tapi pada hakikatnya dia sentiasa menceritakan keburukan orang lain di rumahnya. Sebenarnya, kita memang tidak boleh menilai hati seseorang. Orang ckp ‘Hati manusia siapa yang tahu’.. Pe yang kita patut buat ialah melalui perlakuan orang lain nilai diri sendiri, ambil pengajaran bagi sikap yang baik dan jangan lakukan benda yang tak elok. Gunakan akal sebaik mungkin untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk dan bandingkan pada diri sendiri, yang baik diikuti dan yang buruk dijauhi. Tidak perlu kita menghukum seseorang dengan menilai sikapnya kerana setiap yang wujud di dunia ini mempunyai kebaikan dan kelemahan masing2. Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment