Search This Blog

Friday 2 December 2011

Kesalahan dan kekhilafan...

Tiada manusia yang sempurna di dunia, tiada ciptaan dapat menandingi ciptaanNya. Penciptaan manusia dari tanah oleh Allah s.w.t telah memberi sejarah besar dalam kehidupan apabila iblis yang angkuh dan sombong telah mengingkari perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s., lalu iblis diusir dari syurga dan dijanjikan ke neraka. Iblis yang tidak puas hati telah meminta penangguhan dan membuat perjanjian dengan Allah s.w.t. bahawa dia akan cuba menyesatkan umat manusia sehingga sampai waktunya(Hari Kiamat) supaya manusia akan bersamanya di neraka. Cubaan bagi menyesatkan manusia telah dilakukan oleh iblis dan syaitan sejak dari manusia dilahirkan. Akal dan iman lah yang dapat membendung kita dari terus melakukan kesalahan dan berada dalam kesesatan. 


Kesalahan dan dosa yang dilakukan kerana mengingkari perintahnya dapat dipohon keampunan kepada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t sememangnya menanti taubat hambanya yang ikhlas namun dosa sesama manusia tidak boleh dipandang ringan kerana tanpa maaf dari manusia maka tiada ampunan dariNya. Sememangnya manusia tidak boleh lari dari kesilapan sepanjang perhubungan tidak kira sesama kawan atau keluarga tersayang. Jangan merasa ego untuk mengucapkan kata2 maaf, jangan merasa hebat dengan tidak mengucapkan kata2 kemaafan kerana ucapan 'MAAF" bukan bererti kekalahan tapi melambangkan kemuliaan. Maaf bukan sahaja dari mulut namun dari hati yang ikhlas dan penuh keinsafan dan kesedaran terhadap kesalahan diri sendiri. Alhamdulillah sekiranya manusia sedar akan kesalahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya dari hari ke hari, namun perlukah kita menilai kesalahan orang lain dan menganggap kita lebih baik daripadanya??..malah lebih teruk patutkan kita mencari kelemahan dan kesalahan orang lain tanpa reflect kepada diri sendiri lalu mengutuknya??..jawapannya..MEMANG TAK PATUT dan TAK PERLU.. Harus diingat bahawa kita juga manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan, kenapa perlu kita menilai orang lain tanpa menilai diri sendiri terlebih dahulu? memang tidak menjadi kesalahan untuk menilai sikap manusia tapi harus bertepatan dengan niat iaitu untuk memberi PERINGATAN kepada diri sendiri dan juga orang lain bukan untuk dihebah dan diumpati. Memang ada manusia yang sentiasa sedar kelemahan dan kesalahan diri,tapi ramai dikalangan ini yang tak mahu menerima hakikat kelemahan dan kesalahannya lalu menuding jari pada org lain dan mencari salah orang lain contohnya ayat yang tidak asing lagi bagi kita..
"memang la salah, tapi dia lagi teruk buat cenggitu buat cenggini..."..tak pun..
 "ala, dia tu patutnya  buat la camni2 baru la aku xbuat camtu"..
HIASAN : TIADA PERSELISIHAN HANYA PERSAHABATAN
Persoalan yang timbul, perlu ke kita menyatakan kesalahan orang lain sebagai alasan?? kenapa perlu kita tutup kesalahan sendiri dengan mencari salah orang lain?? kenapa kita perlu mempertahankan diri setelah menyedari salah sendiri?? orang putih cakap "ASK YOURSELF"..sebenarnya dalam diri kita ada sikap ego, dalam keadaan sama ada tidak sedar atau sedar kita tidak mampu menerima kelemahan diri sendiri walaupun kita sedia maklum bahawa memang kita ada buat kesalahan. Memang secara fitrahnya manusia ada keegoan namun ape gunanya akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. utntuk memikirkan ape yang baik dan buruk, yang betul dan yang salah serta untuk mengawal nafsu dan perasaan. Fikirkanlah wahai insan, kerana hidup kita bukan keseorangan. Kita hidup berkawan dan berkasih sayang dan menjaga hubungan silaturahim yang terjalin adalah perlu untuk mencapai keredhaan dalam kehidupan. Wallahua'lam..=)

No comments:

Post a Comment