Search This Blog

Thursday 1 December 2011

Permulaan..

     Fajar menyinsing membawa harapan kelahiran seorang insan. Seorang insan yang penuh kedaifan. Insan ini tidak mengenal erti sebuah kehidupan. Begitu banyak persoalan yang bermain difikiran..Apakah matlamat sebuah kehidupan?? Sebagaimana kenyataan kami, "Mengapa alam dibawa kepada kewujudan? Apakah matlamatnya?" jawapannya, Allah berfirman,
HIASAN : BERMULANYA SEBUAH KEHIDUPAN.=)


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku" (51:56).


     Allah telah memberikan kenyataan yang jelas mengenai sebab Dia membawa kita kepada kewujudan. Ianya sama dengan alam maya seluruhnya apabila Allah katakan jin(adalah semua yang tersembunyi, samada malaikat atau sesuatu yang lain) dan manusia secara khusus. Persoalan masih timbul..Apakah pencarian yang harus dilakukan?? Apakah keperluan bagi seorang insan??..Bertahun - tahun hidup dalam kegelapan akhirnya Insan menemui cahaya kehidupan. Cahaya yang berkedipan dan tidak terang. Pencarian yang dilakukan akhirnya menerpa kejayaan namun masih menemui kegagalan. Kegagalan yang dialami bukan bererti kemusnahan namun mengajar erti kehidupan, kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran namun perlu diteruskan. Oleh itu, permulaan sentiasa dilakukan di saat subuh membangunkan hati. Permulaan yang harus dilakukan dengan penuh kesyukuran atas kenikmatan kehidupan yang dianugerahkan. 
      
     Permulaan diteruskan dengan berdoa dan meminta sepenuh hati pada Pencipta yang MAHA KUASA moga dipermudahkan segala urusan dan mohon diterangi dengan cahaya petunjukNya. Berakhirnya sebuah doa dengan meletakkan kepercayaan dan keyakinan, keyakinan bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama insan dan merupakan sebaik - baik perancang. Usah resah dan risau duhai hati kerna Allah s.w.t sentiasa bersamamu. Permulaan langkah kehidupan dengan penuh keyakinan walaupun mengalami kesulitan pada pertengahan. 


      Kesulitan yang dialami bukan untuk dicaci dan bukan untuk dikeji namun untuk menambahkan kekuatan hati. Ya!! memang kesulitan yang dialami kadang penuh dengan onak dan duri, penuh ranjau dan liku, sungguh berat tertanggung di dalam hati sehingga menimbulkan persoalan, Apakah aku masih mampu?.. Di mana keyakinanmu Insan?? Dimana kepercayaanmu?? Dimana kekuatanmu?? Begitu susah ditemui akhirnya goyah setelah diuji. Begitulah hakikat seorang insan, sungguh lemah dan penuh penipuan. Disaat menanggung beban sungguh sukar mengukirkan senyuman malah tangisan menjadi teman. Wahai insan apa yang diperlukanmu sekarang?? jawapannya keyakinan. 


      KEYAKINAN bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikkannya kerana Allah itu sebaik - baik perancang. Walaupun sukar menanggung namun wajah tetap tersenyum anggun. Itulah sebaik - baik penipuan. Mulakan langkah wahai insan untuk terus mencari, mencari keredhaanNya dan mencari cinta yang Hakiki. Teruskan langkahmu demi matlamat yang engkau tetapkan. Lakukan permulaan dengan pengajaran dan pengalaman dari kehidupan semalam supaya hidup sentiasa mengalami perubahan kepada kebaikan. Permulaan dilakukan di atas dunia namun sentiasa berhubungan dengan akhirat,inilah yang perlu dipahatkan dalam hatimu duhai insan supaya langkah permulaanmu tidak tersasar ditengah jalan. Lakukan permulaan duhai insan..


      Lakukankanlah permulaan duhai insan, kerana kegagalanmu yang membawa erti kehidupan, kerana permulaanmu membawa kepada erti sebuah kehidupan. TERUSKAN MELANGKAHpermulaan DENGAN MELAKUKAN PERMULAAN SETELAH MENYEDARI KESALAHAN DIRI.

2 comments:

  1. assalamualaikum..1st of all tahniah sbb dah berjaya buat blog..pasnie kita jadik hacker group g 11 dgn entry2 kite erk..haha..suggestion aku,ape yg ko tulis 2 better ko wat paragraph..senang nk baca..comei pon comei..haha

    ReplyDelete
  2. haha..aku xtau nk wt paragraph cne sbb bile aku tekan tab kn dia jd len..hahaha..xpe2..ti aku cuba lg

    ReplyDelete