Search This Blog

Saturday 3 December 2011

BERKECIL HATI??

HIASAN: HAPPY SOKMO!!
            Assalamualaikum. Today i would like to deliver some speech about 'Kecil Hati'. hehe. Soal hati memang sukar diungkapkan dan tidak boleh diterjemah dengan tepat melalui kata-kata. Semua yang tersembunyi di dalam hati tiada siapa yang ketahui melainkan diri sendiri dan Allah s.w.t. Ape yang menyebabkan kita berkecil hati?? 
  • kata2 yang menyakitkan
  • reaksi muka 
  • perlakuan
  • dll
           Ketahuilah wahai manusia tiada yang sempurna di dunia walhal kita sendiri sering melakukan kesalahan dan kesilapan dalam perjalanan kehidupan seharian. Jadi kenapa perlu terlalu memikirkan soal hati sedangkan ia hanya membawa kepada tekanan dan menghilangkan ketenangan?? Kerana kita manusia yang lemah yang memiliki perasaan dan emosi. Tapi harus diingat bahawa kita juga mempunyai sesuatu yang paling berharga iaitu akal fikiran. Akal yang tidak dipengaruhi oleh emosi akan sentiasa berfikir secara positif dan waras. 
    Kenapa TIDAK kita memikirkan sesuatu yang positif bile terasa hati? 
    Kenapa tidak kita memikirkan kebaikan yang pernah dilakukan oleh "orang tu" pada kita sebelum kita terus memendam rasa kecil hati?? 
    Kenapa tidak kita memikirkan PUNCA "orang tu" bertindak demikian?? 
    Kenapa tidak kita memikirkan bahawa kita juga pernah melakukan perkara yang sama pada "orang tu"??

          Fikirkanlah wahai insan.. Kenapa kita hanya memikirkan hati dan perasaan sendiri? Begitu hebatkah kita hingga kita tidak mahu memikirkan hati dan perasaan orang lain? Tepuk dada tanya hati. Berapa lama harus kita memendam rasa,berapa lama harus kita menjauhkan diri,berapa lama harus kita memutuskan silaturahim sesama insan.

So, kesimpulannya kalau kita terasa hati fikirla kita pn pernah buat orang terasa hati. Jangan hanya memikirkan hati dan perasaan sendiri. Tiada insan yang sempurna di dunia, masing2 punyai kelemahan dan kebaikan masing2. Belajarlah menerima kelemahan orang dan sedar kelemahan diri baru hidup tenang tanpa persengketaan. Paling penting sekali, ingatlah bahawa setiap yang berlaku ade sebab dan puncanya, dan akan ada hikmahnya..yakinlah padaNya.. =)

No comments:

Post a Comment